Kejutan budaya
Kejutan budaya

Kejutan budaya

Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.Istilah ini mula diperkenalkan buat kali pertama pada 1954 oleh Kalervo Oberg. Penyelidik lain kemudiannya yang meneruskan penyelidikan berkenaan kejutan budaya termasuk Michael Winkelman. Kejutan budaya merupakan bahagian penyelidikan dalam komunikasi antara budaya. Kini sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kejutan budaya turut mempunyai banyak kesan positif kepada pengembara pelbagai budaya, seperti meningkatkan jati diri seseorang (self-efficacy )[1] dan membantu meningkatkan motivasi diri[2].

Berkaitan